ART Dijana Hidrogen, Dihantar Ke Kuching

LocalCars
12 Sep 2024 • 1:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua unit kenderaan Aliran Transit Automasi (ART) yang dijana menggunakan hidrogen akan dihantar ke Kuching menjelang akhir tahun 2024.

Langkah itu akan diambil setelah kedua-dua ART itu selesai menjalani prapentauliahan.

Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS), Datuk Seri Lee Kim Shin mengakui projek ART itu telah berjaya menarik perhatian.

"Projek ART kami telah menarik perhatian bukan sahaja beberapa negeri lain di Malaysia, tetapi juga minat jiran serantau kami, terutamanya apabila kami dapat mempamerkan kenderaan ART hidrogen semasa latihan dan kejuruteraan bukti konsep (POC) tahun lalu," katanya.

Beliau menyempurnakan majlis prapentauliahan dan pemeriksaan fisikal ke atas dua unit ART itu di kemudahan pembuatan CRRC Yibin, Wilayah Sichuan China baru-baru ini.

image is not available

Untuk makluman, kenderaan ART itu dikatakan mampu mendaki cerun sehingga 10 peratus dan boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran jalan raya dengan kelajuan maksimum sehingga 80km/j.

Kenderaan hidrogen ART ini juga menggunakan reka bentuk berat yang lebih ringan, mengurangkan berat sebanyak 2.5 tan dengan ketara, menjadikannya lebih cekap tenaga.

Selain menambah kemesraan pengguna kenderaan, ia juga merangkumi kawasan khusus untuk bagasi, kerusi roda dan basikal boleh lipat.