ART Sarawak Bakal Dipandu Uji Di Isthmus Kuching Sebelum Dihantar Ke Samarahan

21 Aug 2023 • 9:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laluan ART telah disediakan di Jalan Keruing, Isthmus Kuching

ART Sarawak Bakal Dipandu Uji Di Isthmus Kuching Sebelum Dihantar Ke Samarahan. Autonomous Rapid Transit (ART) akan menjalani ujian kejuruteraan di Isthmus mulai September ini sebelum ujian Bukti Konsep (POC) di Samarahan.

Dipetik dari Dayak Daily, ujian kejuruteraan ART ini mulai 4 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023 ini untuk mengenal pasti sebarang isu.

image is not available
ART Sarawak Bakal Dipandu Uji Di Isthmus Kuching Sebelum Dihantar Ke Samarahan

Beberapa jalan bakal ditutup

Untuk pengetahuan anda, ART ini masih lagi diuji dan tidak dapat dibuka untuk orang ramai kerana ianya adalah prototaip menguji prestasinya di sini di Sarawak.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS) Dato Sri Lee Kim Shin, ujian ini akan dijalankan di sepanjang lingkaran, iaitu Jalan Keruing yang melalui Menara LCDA, Menara SEDC, Menara Sarawak Energy, dan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), dan akan memerlukan penutupan beberapa bahagian jalan.

image is not available
ART Sarawak Bakal Dipandu Uji Di Isthmus Kuching Sebelum Dihantar Ke Samarahan

Penyelenggaraan semula prototaip kenderaan hidrogen ART akan dilakukan di Terminal Pending

Untuk mempersiapkan ujian kejuruteraan ini, kerja-kerja penutupan jalan akan bermula pada 23 Ogos 2023 untuk pengalihan jalan.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberitahu penduduk dan pekerja yang bekerja di kawasan berhampiran, membolehkan mereka menyesuaikan rutin perjalanan harian mereka selama dua bulan.

Penyelenggaraan semula prototaip kenderaan hidrogen ART akan dilakukan di Terminal Pending melalui Stesen Pengisian Hidrogen Mudah Alih yang bakal ditempatkan di sana.

image is not available
ART Sarawak Bakal Dipandu Uji Di Isthmus Kuching Sebelum Dihantar Ke Samarahan

Latihan POC di Samarahan bakal berlangsung selama sebulan

Sementara itu, unit prototaip ART H2V akan dipindahkan ke Kota Samarahan pada bulan November ini untuk latihan POC selama sebulan di sebahagian Lebuh Raya Kuching-Samarahan

POC akan dimulakan pada laluan tetap 3km yang dibina di antara dua bulatan (bulatan berhampiran Pusat Jantung ke bulatan berhampiran SAINS).

Latihan POC ini dijalankan untuk mengumpul data bagi menilai kelayakan prototaip ini untuk reka bentuk akhir ART yang boleh memuatkan kapasiti penumpang maksimum.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: