“Pelangi Selepas Hujan!” – Mampu Bawa Anak-Anak Bercuti Di Jepun, Netizen Gembira Bekas Isteri Hafidz Roshdi Kini Bahagia

Entertainment
15 Aug 2023 • 12:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan segala yang berlaku dalam kehidupan bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ada hikmah di sebaliknya.

Biarpun sebelum ini berat ujian yang dilalui, tetapi kini kita dapat lihat wanita itu bangkit dan jalani kehidupannya bersama dua orang anak dengan baik.

Terbaru, melalui laman Instagram, difahamkan Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu membawa dua orang anaknya itu bercuti ke negara Jepun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Susulan berkongsikan gambar-gambar ketika berada di sana, ramai netizen berasa gembira melihat keluarga kecil itu makin bahagian kini.

Bahkan, ramai juga memberi pandangan agar Shuhada tidak memikirkan soal penganti dan terus bahagiakan diri serta anak-anak dahulu.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Shuhada yang dulu merupakan isteri kepada Hafidz Roshdi memfailkan perceraian kerana suami berlaku curang serta melakukan kekerasan terhadap dirinya.

image is not available 3 weeks ago

"Jawapan Bila Tak Ada Skrip.." - Hafidz Roshdi 'Teruja' Bercerai Dengan Shuhada?