Arthur Joseph Kurup sertai Top Warrior Cooking Battle

LocalFood
4 Aug 2025 • 8:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pertandingan Top Warrior Cooking Battle berlangsung meriah apabila barisan pimpinan utama sektor agromakanan negara tampil sebagai peserta sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 pada Sabtu.

Pertandingan yang mencuri tumpuan itu menyaksikan penyertaan empat figura penting Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Isham Ishak, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Aminuddin Zulkipli dan Ketua Pengarah Fama Abdul Rashid Bahri.

Masing-masing diberi masa 55 minit untuk menyiapkan hidangan istimewa pilihan mereka dalam suasana santai namun tetap kompetitif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Dalam pertandingan itu Abdul Rashid berjaya menawan hati juri dan dinobatkan sebagai johan pertandingan manakala tempat kedua dimenangi Arthur diikuti Isham di tempat ketiga dan Aminuddin di tempat keempat.

Gelagat para peserta ketika menyediakan hidangan lengkap dengan aksi mencincang, menumis dan menghias mengundang sorakan serta gelak tawa penonton menjadikan acara ini antara segmen yang paling menceriakan sepanjang program berlangsung.