
Tular di media sosial semalam seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya sendiri di sebuah hotel.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad memaklumkan punca lelaki itu menikam isterinya kerana mangsa meminta fasakh.

Di TikTok, adik angkat mangsa tampil menjelaskan salah faham yang tersebar meluas di media sosial. Pemilik akaun @thehanishopz menafikan dakwaan kononnya kejadian disaksikan anak arwah.

Individu ini turut menjelaskan bahawa suspek merupakan suami kedua mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori di Klang bukannya anggota polis.
Yang polis tu bekas suami arwah nombor 1 bukan dia yang bunuh, yang bunuh arwah suaminya nombor 2 kerja drebar lori di Klang.
Jelasnya lagi, arwah hanya mempunyai seorang zuriat hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama. Manakala, perkahwinan kedua dengan suspek mereka tidak dikurniakan anak.

Ibu arwah memberitahu arwah sudah berubah sepenuhnya apabila memakai niqab dan rajin ke masjid menghadiri kuliah agama.

Selepas solat asar, arwah akan mengaji dan ada bahagian yang sudah dihafal. Malah, arwah juga kerap menziarahi kubur bapa menyatakan rasa rindunya.

Menurut individu ini lagi, arwah sebenarnya takut berjumpa suaminya dan keluarga sebenarnya sudah menghalang.
Al-fatihah kepada mangsa. Semoga mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Kredit: TikTok @thehanishopz

