“Arwah Seorang Yang Kelakar Tapi…” – Ashira Dedah Sikap Bad Indigo, Gembira Sepanjang Setahun Perkahwinan

Entertainment
27 Oct 2023 • 10:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pemergian penyanyi Bad Indigo memberi kesan terhadap bekas isterinya, Ashira yang akui banyak kenangan indah mereka lalui sepanjang tempoh perkahwinan meskipun tidak lama.

Kata Ashira, dalam masa setahun itu mereka sama-sama susah dan senang dan turut akui mengenali arwah Bad merupakan satu kenangan manis buat dirinya.

Tambah penyanyi itu, mereka tiada kenangan berjalan-jalan ke mana-mana dan banyak meluangkan masa bersama di rumah kerana keadaan kesihatan arwah tidak mengizinkan.

Apa yang saya boleh katakan, arwah seorang yang kelakar dan dalam masa yang sama bersikap tegas.

image is not available

Ujarnya lagi, mereka sudah lama tidak menghubungi satu sama lain dan dia hanya mengikuti perkembangan arwah menerusi media sosial.

image is not available 15 hours ago

"Saya Kehilangan Kata-Kata" - Ashira Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia