“Sedih Sungguh, Siapa La RDM Tu…” – Peminat Simpati Arwah Bad Indigo Tak Sempat Kahwin, Dipuji Rajin Balas Komen

Music
27 Oct 2023 • 1:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita kematian Bad Indigo semalam mengejutkan ramai bukan sahaja rakan artis tetapi juga peminat namun doa mengiringi pemergiannya, sudah tentu.

Malah, ramai warganet mengasihani arwah kerana tidak sempat bersatu dengan kekasih hatinya yang hanya dikenali sebagai RMD itu.

Komen membanjiri akaun media sosial penyanyi itu dan peminat meluahkan rasa sedih kerana mereka juga tidak sempat melihat arwah mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan.

Bukan itu sahaja, mereka turut kasihan kerana hajat Allahyarham untuk mengeluarkan single terbaru, turut tidak kesampaian.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, ada yang turut memuji kebaikan arwah Bad yang rajin membalas komen serta mesej daripada pengikutnya di Instagram.

Mereka turut menyukai semangatnya dan aura positif ditunjukkan arwah meskipun dilanda pelbagai ujian semasa hayatnya.

Antara artis yang rajin balas komen/DM peminat. Tak sombong langsung. Jadi diri dia sendiri.

image is not available image is not available image is not available

image is not available

image is not available 24 hours ago

"Nampak Dia Senyum, Teringin Nak Rasa.." - Rakan Cef Terkilan Tak Sempat Tunaikan Permintaan Terakhir Bad Indigo