“Nampak Dia Senyum, Teringin Nak Rasa..” – Rakan Cef Terkilan Tak Sempat Tunaikan Permintaan Terakhir Bad Indigo

Music
27 Oct 2023 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apabila digemparkan penyanyi dari kumpulan Indigo, Bad telah meninggal dunia secara mengejut di kedai miliknya, ramai rakan-rakan arwah yang turut bersimpati dalam kehilangan Bad.

Salah satunya, individu bernama Iskandar Ishak yang merupakan seorang cef dan rakan kepada Bad. Menurutnya, ketika dia mengunjungi bengkel, penyanyi itu sempat menyatakan hajat ingin mencuba artisan bread.

Balik dari sana, saya nak bawakan artisan bread untuk staff sekali. Nampak dia senyum sebab nak rasa.

Iskandar berasa terkilan kerana tidak sempat menunaikan janjinya pada arwah. Tambahnya, ketika kali terakhir mereka berjumpa, Bad masih ceria dah sihat sahaja.

Pada malam Khamis, Bad yang berumur 48 tahun itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kerjanya di Ampang.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hours ago

"Selamat Tinggal.." Peminat Sebak Bad Indigo Pergi Sebelum Sempat Keluarkan Lagu Baru