“Arwah Tak Dapat Lihat Anaknya Di Atas Pentas, Dia Lebih Layak” – Ina Naim Sebak Terkenang Arwah Suhaimi Saad

LocalEntertainment
25 Aug 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Persembahan anak Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad di konsert pertama program realiti Talk To My Manager meruntun hati dan membuatkan ramai sebak selepas ramai terkenangkan arwah.

Selepas persembahan itu, Ina juga dilihat tidak dapat menahan sebak kerana terkenangkan arwah suami yang menurutnya lebih layak duduk di kerusi pengurus dan menguruskan anak mereka, Hadie.

Tambah Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, arwah Suhaimi lebih layak sebagai pengurus kerana dialah yang mendidik Hadie dari kecil hingga besar.

image is not available

Sumber : Kosmo 

Kata wanita berusia 41 tahun itu, dia bagaimanapun perlu kekal kuat untuk membimbing anak sulungnya sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

Tapi dia tak dapat melihat anaknya duduk di atas pentas. Saya yang ganti dan nak buat yang terbaik untuk ayah dia. Saya ambil aura-aura dan kekuatan daripada ayah dia sebab itu saya sertai program Talk To My Manager ini.

Berada di kedudukan tercorot, Ina akui ada kekangan masa selain penukaran lagu pada saat terakhir menjadi punca Hadie tidak dapat memberikan yang terbaik.

Sementara itu, Hadie juga berjanji akan berusaha untuk minggu-minggu yang akan datang dan memberikan contoh terbaik buat adik-adiknya.

Saya masuk sini, cuba nak buat yang terbaik dan tunjuk kepada adik-adik walaupun kita tak seberapa tak pergi sekolah macam orang lain tapi kita boleh. Insya-Allah, kita boleh buat yang terbaik macam orang lain juga. Kita pun boleh berjaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-14 11:07:57

Sertai Program Realiti Hiburan, Ramai Puji Suara Anak Sulung Allahyarham Suhaimi Saad & Ina Naim