“Penat Je Turun Padang Untuk Si Zara Tapi Tak Ada Bukti Yang Cukup” – ‘Posting’ Individu Mengenai Arwah Zara Buat Netizen Berang

LocalOpinion
17 Aug 2025 • 6:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, kes kematian melibatkan seorang pelajar Tingkatan Satu di Sabah yang bernama Allahyahram Zara Qairina sehingga ke hari ini masih menjadi bualan ramai susulan keadilan masih belum dapat ditegakkan.

Biarpun ramai yang menuntut keadilan terhadap arwah tetapi ada juga segelintir netizen yang mengambil kesempatan atas kes ini dengan memuat naik hantaran yang tidak elok.

“Buat penat je turun tak ada bukti cukup”

Seperti di Facebook, baru-baru ini, seorang individu wanita memuat naik satu posting mengatakan peserta-peserta yang menyertai himpunan solidariti arwah Zara hanya membazir masa dan tenaga.

image is not available

Dia berasa sedemikian kerana bukti mengatakan kematian Zara melibatkan kes pembulian masih belum cukup dan pelaku masih bebas di luar sana.

Buat netizen berang, langsung tiada empati!

Lebih membuatkan ramai marah dengan hantaran tersebut, individu itu seakan-akan tidak mempunyai sifat empati, malah meletakkan emoji ketawa seolah-olah semua yang berlaku ini adalah jenaka buatnya.

image is not available

Susulan kenyataan yang ditulis melampaui batas, netizen berpakat membuat ‘report’ untuk akaun tersebut agar disekat.

image is not available 2025-08-17 14:50:33

Beri Ucapan Selit Isu Politik, Peserta Himpunan #JusticeForZara Luah Rasa Kesal - "Majoriti Turun Demi Adik Zara, Bukan Ceramah Politik!"