AS Ada ‘Kejutan’ Lebih Hebat Untuk Iran Minggu Depan - Trump

WorldPolitics
13 Mar 2026 • 11:25 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

AS Ada ‘Kejutan’ Lebih Hebat Untuk Iran Minggu Depan - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata tentera AS akan melancarkan serangan hebat terhadap Iran dalam beberapa hari akan datang, lapor AFP.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual yang disiarkan pada Jumaat hari ini.

"Kami akan menyerang mereka dengan lebih hebat dalam tempoh minggu depan," kata Trump kepada Fox News Radio, ketika peperangan yang melanda seluruh wilayah Timur Tengah itu memasuki ke minggu ketiga.

Semua Kru KC-135 AS Maut

Dalam perkembangan lain, Markas Pusat AS (CENTCOM) dalam satu hantaran memaklumkan kesemua enam anak kapal terkorban dalam nahas pesawat pengisi minyak di udara terhempas di Iraq.

"Kesemua enam anak kapal di atas pesawat pengisi minyak KC-135 AS yang terhempas di barat Iraq kini disahkan maut," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

"Keadaan di sebalik insiden tersebut sedang dalam siasatan. Bagaimanapun, kehilangan pesawat itu bukan disebabkan oleh serangan musuh mahupun tembakan persahabatan (friendly fire)," kata markas tentera tersebut, yang bertanggungjawab ke atas pasukan AS di Timur Tengah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian tentera AS yang disahkan dalam operasi menentang Iran meningkat kepada 13 orang.