
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata selama 60 hari di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) Islamabad, ketika perjanjian itu dijadualkan berakhir pada 17 Ogos.
Menurut sumber kerajaan Pakistan kepada Anadolu pada Rabu, kedua-dua pihak telah menyampaikan persetujuan mereka kepada pihak pengantara untuk melanjutkan tarikh akhir itu.
“Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih bertukar mesej untuk menentukan tempoh lanjutan,” tambah sumber itu.
AS dan Iran mencapai persetujuan gencatan senjata yang ditaja Pakistan pada April sebelum menandatangani memorandum persefahaman pada 17 Jun, sekali gus memulakan rundingan ke arah mencapai perjanjian muktamad.
Bagaimanapun, rundingan itu kemudiannya terhenti berikutan perselisihan mengenai jaminan keselamatan dan kebebasan pelayaran melalui Selat Hormuz, antara laluan paling strategik di dunia bagi bekalan tenaga dan perdagangan global.
Antara 8 hingga 24 Julai, AS dan Iran saling melancarkan serangan ketenteraan. Washington menyerang sasaran di dalam Iran, manakala Teheran bertindak menyerang kemudahan dan aset ketenteraan AS di beberapa negara Arab, termasuk Jordan, Bahrain dan Kuwait.
The post AS, Iran setuju lanjut gencatan senjata appeared first on Utusan Malaysia.




