AS jual sistem senjata RM4.2 bilion kepada UAE

WorldPolitics
7 Oct 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS jual sistem senjata RM4.2 bilion kepada UAE

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan sistem panduan senjata bernilai AS$1 bilion (RM4.2 bilion) kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE), ketika negara Teluk itu berdepan ancaman serangan dron dan peluru berpandu.

Jabatan Negara AS dalam kenyataan kelmarin berkata, penjualan itu membabitkan sehingga 10,000 unit sistem panduan Sistem Senjata Pembunuh Berketepatan Lanjutan untuk roket.

Menurut kenyataan itu, penjualan berkenaan akan meningkatkan keupayaan UAE menghadapi ancaman semasa dan masa depan, selain memperkukuh keupayaan pertahanan diri serta kebolehoperasian tenteranya dengan pasukan AS.

“Cadangan penjualan itu akan menyokong dasar luar dan objektif keselamatan negara AS dengan meningkatkan keselamatan rakan pertahanan utama,” menurut kenyataan itu.

Sistem Senjata Pembunuh Berketepatan Lanjutan membolehkan roket tanpa panduan ditukar kepada senjata berketepatan tinggi yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk menembak jatuh dron.

Sistem itu membolehkan UAE menggunakan senjata berkenaan berbanding peluru berpandu yang lebih mahal untuk memusnahkan sasaran udara yang kosnya lebih rendah.

UAE dan beberapa negara Teluk sekutu AS terjejas akibat perang Iran, dengan pasukan Teheran berulang kali melancarkan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu terhadap negara berke­naan. – AFP

The post AS jual sistem senjata RM4.2 bilion kepada UAE appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved