AS kecewa G20 gagal capai konsensus

WorldPolitics
4 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS kecewa G20 gagal capai konsensus

WASHINGTON: Menteri Perdagangan Kumpulan 20 (G20) gagal mencapai persetujuan mengenai langkah menangani lebihan kapasiti perindustrian dan buruh paksa selepas rundingan selama dua hari di Milwaukee.

Kepengerusian G20 Amerika Syarikat (AS) menyatakan kekecewaan selepas beberapa negara anggota menolak kenyataan mengenai langkah menangani lebihan kapasiti perindustrian, yang sering dikaitkan dengan China.

AS memegang jawatan pengerusi bergilir bagi kumpulan ekonomi utama G20 tahun ini, yang turut dianggotai China, India, Perancis, Jerman dan Jepun.

Pegawai perdagangan tertinggi AS, Jamieson Greer, berkata draf kenyataan mengenai lebihan kapasiti itu mendapat sokongan hampir semua anggota.

“Draf kenyataan itu disokong hampir semua kecuali segelintir anggota,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Draf berkenaan menggesa semua negara mengambil langkah untuk menghapuskan lebihan kapasiti struktur dalam ekonomi masing-masing, termasuk beberapa tindakan lain.

Greer yang juga pengerusi mesyuarat menteri perdagangan G20 berkata, AS sangat kecewa dengan keengganan beberapa anggota untuk bersetuju dengan kenyataan itu, namun tidak mendedahkan negara tersebut.

September lalu, China membantah penggunaan frasa dalam kenyataan menteri kewangan yang menggesa anggota G20 supaya ‘menghapuskan dasar bukan pasaran’.

Anggota G20 turut gagal mencapai pendirian bersama mengenai usaha menghapuskan amalan buruh paksa dalam rantaian bekalan. Hanya Mexico dan Argentina menyertai AS mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Awal tahun ini, Washington menjadikan isu buruh paksa sebagai alasan untuk mengenakan tarif secara meluas terhadap puluhan ekonomi, termasuk beberapa negara anggota G20.- AFP

The post AS kecewa G20 gagal capai konsensus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved