Piala Asia Remaja: Young tigers terlepas gangsa

13 Sep 2026 • 8:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala Asia Remaja: Young tigers terlepas gangsa

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja lelaki negara terlepas peluang menaiki podium Piala Asia Remaja 2026 selepas kelebihan dua gol gagal dipertahankan sebelum tewas 2-4 kepada Pakistan dalam aksi penentuan pingat gangsa di Moqi, China hari ini.

Malaysia yang turun dengan misi menebus kekecewaan selepas gagal ke final memulakan perlawanan dengan cukup meyakinkan apabila Adam Ashraf Johari meledak gol padang pada minit ke-11.

Momentum positif itu diteruskan dua minit kemudian apabila Shafiq Ammar Fahmi Suzaini menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk memberikan skuad negara kelebihan selesa 2-0.

Bagaimanapun, Pakistan enggan mengalah dan mula mengatur kebangkitan pada babak kedua menerusi Rana Abdul Sami yang merapatkan kedudukan hasil gol padang pada minit ke-34.

Rana sekali lagi menghukum benteng negara apabila meledak gol keduanya pada minit ke-47 untuk menyamakan kedudukan 2-2, sekali gus menghidupkan kebangkitan Pakistan.

Pakistan kemudian buat pertama kali berada di depan apabila Muhammad Shaheer menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-52 untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Harapan Malaysia untuk melakukan kebangkitan akhirnya tertutup empat minit kemudian selepas Waleed Rana menyempurnakan pukulan penalti bagi melengkapkan kemenangan 4-2 buat Pakistan.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen di tempat keempat, manakala Pakistan membawa pulang pingat gangsa dengan aksi final antara India dan Korea Selatan dijadualkan berlangsung malam ini. – KOSMO! ONLINE

The post Piala Asia Remaja: Young tigers terlepas gangsa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved