AS Label Palestine Action Sebagai ‘Kumpulan Pengganas Global’ dan Kenakan Sekatan

WorldPolitics
27 Aug 2026 • 9:55 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: AS Label Palestine Action Sebagai ‘Kumpulan Pengganas Global’ dan Kenakan Sekatan

Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan kumpulan penunjuk perasaan yang berpangkalan di Britain, Palestine Action, sebagai organisasi “pengganas global yang ditetapkan khas” (Specially Designated Global Terrorist) serta mengenakan sekatan kewangan ke atas rangkaian tersebut.

Jabatan Negara AS mendakwa tindakan itu diambil berikutan sokongan kumpulan berkenaan terhadap “tindakan pengganas yang ganas”. Langkah Washington ini menyusuli tindakan kerajaan United Kingdom (UK) yang mengharamkan Palestine Action di bawah Akta Keganasan pada Julai 2025 selepas aktivisnya menceroboh pangkalan Tentera Udara Diraja dan menyembur cat pada dua pesawat tentera.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2020 itu aktif menyasarkan firma senjata yang membekalkan kelengkapan kepada tentera Israel, khususnya pengeluar senjata Elbit Systems, dengan matlamat menghentikan keterlibatan global dalam rejim Israel. Pada masa ini, Palestine Action sedang memfailkan rayuan di Mahkamah Agung UK terhadap pengharaman tersebut, sementara kumpulan hak asasi manusia terus mengecam penindasan yang menyekat kebebasan bersuara.

Dalam pengumuman sama, AS turut meletakkan kumpulan Autistici/Inventati (A/I Collective) dari Itali dan gerakan pro-Palestin Masar Badil di bawah label organisasi pengganas. Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, mengesahkan bahawa Washington akan menggembleng segenap tindakan ekonomi bagi menyekat saluran kewangan kumpulan yang dikategorikan sebagai “sayap kiri” itu.

Sumber: TRT World / Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved