Peluru berpandu Houthi serang kapal tentera Arab Saudi hingga karam

WorldPolitics
17 Aug 2026 • 10:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peluru berpandu Houthi serang kapal tentera Arab Saudi hingga karam

SANAA: Kumpulan Houthi di Yemen pada Isnin berkata, mereka telah menyasarkan sebuah kapal tentera Arab Saudi dan empat bot pengiring di Laut Merah, sebagai sebahagian daripada sekatan maritim mereka terhadap negara beraja itu.

Jurucakap tentera kumpulan yang disokong Iran itu, Yahya Saree berkata, pihaknya telah berjaya menyasarkan sebuah kapal pendaratan tentera milik Arab Saudi yang diiringi empat bot peronda tentera di Laut Merah, di luar pantai Mokha, menggunakan beberapa peluru berpandu balistik..

Beliau kemudian mendakwa kapal berkenaan dan beberapa bot lain karam atau terbakar, walaupun dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas.

Riyadh tidak segera memberikan respons terhadap pengumuman tersebut.

Houthi mengumumkan sekatan terhadap Arab Saudi bulan lalu selepas gencatan senjata yang telah berlangsung selama beberapa tahun runtuh dalam perang saudara Yemen.

Gencatan senjata itu adalah antara kumpulan tersebut dan kerajaan yang disokong Saudi serta diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Sejak itu, mereka menyasarkan kapal tangki di Laut Merah dan kemudahan minyak Arab Saudi.

Perang Yemen bermula pada 2014 dan telah menyebabkan ratusan ribu kematian, selain menjerumuskan negara paling miskin di Semenanjung Arab itu ke dalam krisis kemanusiaan.

Houthi menguasai kawasan yang luas di Yemen, termasuk ibu negara Sanaa dan kawasan sempadan yang bersempadan dengan wilayah-wilayah Arab Saudi di sepanjang Laut Merah. – AFP

The post Peluru berpandu Houthi serang kapal tentera Arab Saudi hingga karam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved