AS masih perlu ‘selesaikan’ satu atau dua sasaran di Iran – Trump

WorldPolitics
1 Nov 2026 • 10:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: AS masih perlu ‘selesaikan’ satu atau dua sasaran di Iran – Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata bahawa  Washington telah melumpuhkan sebahagian besar kekuatan tentera Iran, namun masih perlu ‘menyelesaikan’ satu atau dua sasaran termasuk sebuah tapak nuklear yang disyaki dikenali sebagai Pickaxe Mountain.

Trump menegaskan bahawa rundingan dengan Iran untuk menamatkan peperangan yang dimulakan oleh AS dan Israel pada penghujung Februari sedang ‘berjalan lancar tetapi anda tahu mereka tidak begitu boleh dipercayai’.

Beliau mengulangi bahawa AS tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan serangan kerana ia telah melumpuhkan program nuklear dan ketenteraan Iran.

“Kami telah melumpuhkan nuklear mereka. Kami masih perlu menyelesaikan, saya boleh katakan satu atau dua tapak, tetapi kami boleh melakukannya dalam masa 10 minit.

“Anda mungkin boleh melihat kepada Pickaxe Mountain  dan anda perlu menyelesaikan perkara itu. Kami boleh melakukan semuanya dengan sangat pantas,”katanya kepada wartawan di kediamannya di Florida.

Kerajaan Iran telah menafikan sebarang aktiviti nuklear dijalankan di sana.

Sebelum itu, Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata Trump belum membuat keputusan mengenai serangan baharu ke atas Iran dan AS terbuka kepada penyelesaian diplomatik.

Pemimpin tertinggi Iran kelmarin memberi amaran kepada AS dan Israel agar tidak melancarkan serangan baharu, susulan ancaman untuk menyambung semula serangan selepas pilihan raya. – AFP

 

The post AS masih perlu ‘selesaikan’ satu atau dua sasaran di Iran – Trump appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved