AS sudah lumpuh kekuatan Iran – Trump

WorldPolitics
1 Nov 2026 • 1:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS sudah lumpuh kekuatan Iran – Trump

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat (AS) sudah melumpuhkan sebahagian besar kekuatan ketenteraan Iran,.

Bagaimanapun, beliau berkata, AS masih perlu menyelesaikan satu atau dua sasaran, ketika Teheran memberi amaran akan melakukan serangan balas sekiranya diserang.

Trump menegaskan rundingan dengan Iran bagi menamatkan perang yang dimulakan oleh AS dan Israel pada Februari lalu berjalan lancar.

“Namun, anda tahu mereka tidak begitu boleh dipercayai,” ujarnya.

Presiden daripada Parti Republikan itu berkata, AS tidak tergesa-gesa melancarkan tindakan ketenteraan kerana negara itu sudah memusnahkan sebahagian besar keupayaan ketenteraan dan program nuklear Iran.

“Kami sudah melumpuhkan keupayaan nuklear mereka. Kami masih perlu menyelesaikan, boleh saya katakan, satu atau dua lokasi, tetapi kami boleh melakukannya dalam masa 10 minit,” kata Trump kepada pemberita di kediamannya di Florida.

“Anda mungkin boleh melihat Gunung Pickaxe dan lokasi itu perlu diselesaikan. Kami boleh melakukannya dengan pantas,” katanya merujuk kepada sebuah kompleks nuklear bawah tanah yang disyaki wujud di kawasan berkenaan.

Kerajaan Iran menafikan sebarang aktiviti nuklear dijalankan di lokasi itu. – AFP

The post AS sudah lumpuh kekuatan Iran – Trump appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved