AS miliki bekalan peluru amat banyak – Trump

WorldPolitics
6 Aug 2026 • 11:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS miliki bekalan peluru amat banyak – Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis menegaskan negaranya mempunyai bekalan peluru dalam bilangan yang amat banyak dan mengancam hukuman penjara terhadap pihak yang mendakwa sebaliknya ketika kekecewaannya terhadap perang dengan Iran semakin memuncak.

Pemimpin parti Republikan itu mengecam laporan media menerusi platform Truth Social miliknya berhubung dakwaan stok senjata yang semakin berkurangan. 

Beliau berkata, AS mempunyai jumlah peluru yang amat besar, khususnya bagi jenis tertentu, tetapi tidak memperincikannya.

“Selain itu, sejumlah besar peluru sedang dihasilkan dan dihantar ke AS mengikut keperluan. Syarikat pertahanan sedang membina bilangan loji dan kilang terbesar dalam sejarah negara kita,” katanya.

The Washington Post melaporkan Trump menuntut penjelasan daripada Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, mengenai kekurangan bekalan peluru ketika kedua-duanya menghadiri mesyuarat Kabinet di pusat peranginan presiden di Camp David pada Jumaat lalu.

Menurut laporan itu yang memetik dua sumber yang mengetahui perbualan berkenaan, Trump memberitahu Hegseth bahawa beliau menyangka isu kekurangan peluru itu sudah diselesaikan.

Trump kemudian mengecam laporan media itu dan pada Khamis mengancam bahawa pembocor kenyataan yang disifatkannya sebagai mengkhianati negara sedang diburu.

“Hukuman penjara jangka panjang akan dikenakan!” katanya. – AFP

The post AS miliki bekalan peluru amat banyak – Trump appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved