
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, kereta merupakan antara kenderaan yang perlu dimiliki oleh setiap individu bagi memudahkan pergerakan ke lokasi yang dituju.
Pemilihan kereta pula perlulah bergantung mengikut bajet bulanan dan poket masing-masing termasuk faktor kereta tempatan dan kereta import.
Entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat membeli kereta di luar kemampuan atas sebab minat.
Namun, ada juga yang ‘terpaksa’ membeli kereta kerana faktor lain seperti saranan ahli keluarga hingga menyebabkan beban kepada diri sendiri.
Niat Asal Nak Beli Bezza Tapi Keluarga Saran Pakai Jenama ‘H’
Itulah yang dialami oleh seorang jurutera apabila dia kini menyesal dan terasa terbeban dengan hutang kereta dipercayai import yang dibelinya.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan semula di Thread @fiqmahmur, jurutera yang bergaji RM3,500 sebulan itu membuat luahan tentang beban kewangan yang dihadapinya.
Jelas jurutera yang dikenali sebagai Aiman, dia pada mulanya mahu membeli Perodua Bezza namun memilih sebuah kereta ‘berjenama H’ atas saranan keluarga.
“Saya betul-betul menyesal beli kereta jenama H masa baru-baru mula kerja. Saya sebenarnya nak beli Bezza tapi keluarga cakap ‘takkanlah engineer pakai kereta local’.
“Gaji pula RM3.5k, bulan-bulan baru RM1,000. Saya ingat masih ada banyak baki untuk komitmen lain,” luahnya.
Terbeban Lepas Dah Mula Bayar Kereta, Gaji Tiada Kenaikan
Namun, lelaki itu menjelaskan dia rasa terbeban selepas mula membayar pinjaman keretanya itu.
“Lepas dah start bayar, baru saya rasa sakit. Servis, road tax, tayar botak, semua ini on me!” jelasnya.
Malah, dia turut meminta pendapat orang ramai sama ada perlu downgrade kenderaannya atau menjual kereta tersebut apatah lagi tiada kenaikan gaji.
“Adakan saya patut downgrade atau jual sahaja kereta saya? Kalau saya pilih untuk terus pakai, bagaimana cara saya untuk uruskan kewangan dengan lebih baik?
“Gaji saya statik. Saya ingat akan naik tahun ini, rupanya tidak,” luahnya lagi.
Ramai Berpendapat Ikut Kemampuan Sendri, Tak Perlu Dengar Cakap Orang Lain
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri tentang luahan tersebut.
Majoriti berpendapat individu itu seharusnya bertegas dan tidak perlu mengambil nasihat orang lain apatah lagi melibatkan kewangan.
Malah, ada yang berkongsi pengalaman sendiri tentang kereta yang dipakai sesuai dengan gaji bulanan mereka.
Ini antara komen pengguna Thread:
“Beli Diam-Diam Je. Saya Plan Beli Axia Masa Dapat Kerja Pertama Tapi Mak Saya Paksa Beli Vios Untuk Dia”

“Kalau Gaji RM5K Pun Tak Cukup & Tak Berani Pakai H Dik. Macam Mana Gaji RM3K Boleh Berani Ambil Loan H”

“Saya Pernah Rasa Macam Ni Dulu, Pakai MPV H, Mampu Bayar Tapi Tak Boleh Pergi Mana-Mana”

“Sebenarnya Malaysia, Setakat Gaji Bawah RM5k, Nak Hidup Tenang, Pakai La Kereta Myvi Atau Mampu Milik”

“Kereta Pertama Saya Axia, Lepas 9 Tahun Gaji Naik, Bonus, Elaun Baru Tukar.”

Baca Artikel Berkaitan: Siap Minta Diskaun! Jurujual Kongsi Ragam Gen Z, Gaji Bersih RM1,700 Tapi Nak Beli Honda Civic FL1 Berharga RM163K
Baca Artikel Berkaitan: Jurujual Kongsi Ragam Majoriti Anak Muda, Mahu Beli Kereta Tak Ikut Poket Sendiri Jadi Perhatian
Source:

![Apakah Hukum Mengelap Air Pada Tubuh Setelah Berwuduk, Ini Penjelasan Dr Kamilin [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)