ASICS Lancar Koleksi Eksklusif KLSCM 2025, Meriahkan Minggu Marathon Dengan Shakeout Run

1 Oct 2025 • 5:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ASICS Malaysia memperkenalkan koleksi rasmi KLSCM x ASICS 2025, menampilkan rekaan khas untuk para pelari dengan sentuhan gaya yang segar. Menggunakan 100% bahan poli kitar semula, koleksi ini bukan sahaja mesra alam tetapi juga memastikan pelari tampil selesa dan bergaya pada hari perlumbaan.

Antara pilihan termasuk baju dengan grafik RUN KL, pelbagai warna menarik, serta topi 5-panel edisi khas yang wajib dimiliki.

Koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di KLSCM 2025 Active Lifestyle Expo (2–4 Oktober, KLCC) di reruai jenama ASICS, serta di KLSCM Race Village (5 Oktober). Selain barangan rasmi, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti interaktif seperti Wishing Tree dan percubaan kasut SONICBLAST.

image is not available image is not available

Bagi memanaskan lagi suasana menjelang hujung minggu marathon, ASICS turut menganjurkan Shakeout Run pada Jumaat ini di Taman KLCC. Larian santai ini menghimpunkan ahli ASICS Running Club (ARC), tetamu serantau, dan komuniti pelari tempatan. Aktiviti ini merangkumi sesi regangan, larian ringan serta mobiliti bersama jurulatih Ili Kamal bagi membantu peserta kekal bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum perlumbaan.

Gabungan koleksi edisi terhad dan aktiviti komuniti ini menjadikan ASICS sebagai antara tarikan utama sepanjang KLSCM 2025, sekaligus mengangkat marathon paling dinanti di Malaysia ini ke tahap lebih meriah.