Aslam Tepis Dakwaan Pernikahan Dengan Marissa Masih Belum Berdaftar

LocalFamily & Parenting
31 Mar 2026 • 11:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Menantu kepada penyanyi Abby Abadi iaitu Aslam tampil menepis dakwaan yang mengatakan pernikahannya dengan isteri kedua, Marissa Dania masih belum berdaftar di negara ini.

Kenyataan tersebut diberikan menerusi peguam syarie yang mewakilinya iaitu Ammar Yaser, ia berikutan dengan Aslam mendakwa bahawa terlalu banyak fitnah dilemparkan terhadap perkahwinannya.

Artikel berkaitan: “Pusing-pusing dulu” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

Kata Ammar Yaser, isu pernikahan mereka di Thailand telah lama tamat kerana pernikahan mereka kini sah dari sisi hukum syarak bahkan mereka telah mendapatkan pengesahan sijil nikah mereka.

Dalam masa 11 jam dimuat naik, video tersebut telah meraih lebih 5K tanda suka bagaimanapun ruangan komen telah ditutup.

Sebelum ini, Abby Abadi ada membuat satu perkongsian yang telah menarik tumpuan ramai menerusi Threads miliknya dengan mempersoalkan tindakan Mahkamah Syariah yang tidak membuat sebarang tindakan kerana Abby mendakwa pernikahan anaknya itu masih belum berdaftar.

Semalam, Aslam dan Marissa berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Peguam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata Aslam telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Sumber : Threads, Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.