Asnaf mohon sambung bekalan elektrik rumah baharu

4 Sep 2026 • 7:53 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Asnaf mohon sambung bekalan elektrik rumah baharu

JERANTUT: Sebuah keluarga asnaf dari Kampung Pagi, mukim Ulu Tembeling dekat sini, me­nunggu hampir setahun untuk berpindah ke rumah baharu bantuan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), ekoran bekalan elektrik belum disambung.

Bahari Ahmad, 50, berkata, dia berasa hairan rumah tersebut yang dibina pada Jun 2025 dan siap pada Oktober berikutnya menerusi permohonan di bawah usaha Briged Asnaf Kampung Pagi, belum disambung bekalan elektrik.

“Ketika permohonan bantuan rumah lulus dan mula dibina, saya dan isteri, Raziah Sim yakin boleh berpindah segera dan tidak sabar tinggal di kediaman baharu hasil bantuan zakat MUIP.

“Namun sudah hampir setahun menunggu, sepatutnya bekalan elektrik sudah disambung bagi membolehkan saya dan keluarga berpindah ke sini,” katanya ketika ditemui di Kampung Pagi.

Menurut Bahari, dia bersama isteri dan lima anak mereka kini menumpang di sebuah rumah kongsi pekerja bangunan burung walit sejak 2021.

“Sebelum ini, saya tidak mampu memiliki tapak (tanah) apatah lagi membina rumah dengan berpendapatan kira-kira RM800 sebulan dengan membuat pelbagai pekerjaan di kampung ini.

“Rumah kongsi pekerja yang saya diami sudah uzur dimakan anai-anai, bumbung bocor ketika hujan dan bila-bila masa boleh runtuh. Bekalan air dan elektrik disambung dari bangunan sarang burung walit,” katanya. – UTUSAN

The post Asnaf mohon sambung bekalan elektrik rumah baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved