Asnaf Wilayah Persekutuan Terima RM500 sempena Aidiladha Selewat-Lewatnya 14 Jun

30 May 2024 • 2:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seramai 32,300 asnaf penerima bantuan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan terima bantuan khas berjumlah RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Jun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Haji Mokhtar berkata MAIWP bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Insentif Khas kepada asnaf MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Asnaf Wilayah Persekutuan terima RM500

image is not available

Foto: The Sun

“Bantuan Insetif Khas yang berjumlah RM500 akan diberikan kepada 32,300 orang asnaf penerima bantuan zakat yang terdiri daripada kategori asnaf Fakir, Miskin, Muallaf dan Ar-Riqab,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM16,150,000 daripada wang kutipan zakat yang diterima untuk diagihkan.

“Bantuan ini diberikan bagi membolehkan para asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im juga memaklumkan Bantuan Insentif Khas akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved