Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies Selesai, Apa Tindakan Selanjutnya?

25 May 2024 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan bahawa kertas siasatan kes khalwat antara Aliff Aziz bersama Ruhainies telah pun selesai.

Kertas siasatan itu menurut Ajib telah pun dihantar ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan seterusnya.

Siasatan sudah selesai dan JAWI memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

Keputusan selanjutnya terletak kepada JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, Insya-Allah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya.

Terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap.

Terdahulu, industri hiburan digemparkan dengan berita penangkapan khalwat antara Aliff Aziz dan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Tak Sambut Hari Lahir Isteri, Media Sosial 'Lesap', Status Rumah Tangga Hafiz Suip Jadi Tanda Tanya