Jawi sudah lengkapkan kertas siasatan tangkap khalwat Aliff Aziz & Ruhainies

25 May 2024 • 4:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pihak Jawi sudah lengkapkan kertas siasatan berkaitan kes tangkap khalwat melibatkan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Memetik laporan dari Kosmo! Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menghantar kertas siasatan tersebut kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP) untuk tindakan lanjut.

Jawi beri kerjasama kepada JAPENS WP

Menurut Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail, keputusan selanjutnya berkaitan kes berkenaan akan dibuat pihak JAPENS WP .

“Siasatan sudah selesai dan Jawi telah memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

“Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya.

“Semuanya terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap,” katanya.

image is not available

Jawi sudah lengkapkan kertas siasatan, kemungkinan mereka didakwa bergantung JAPENS

Dalam pada itu, Ajib menyatakan kemungkinan untuk dua selebriti itu didakwa adalah bergantung kepada JAPENS selepas ini.

“Tarikh selanjutnya tiada tapi bergantung kepada JAPENSWP,” jelasnya.

image is not available

Terdahulu, pihak Jawi menegaskan tiada sebarang kompromi dalam urusan tangkap khalwat yang melibatkan Aliff Aziz dan Ruhainies yang berlaku pada 9 Mac 2024.

image is not available

Ujarnya, tangkapan tersebut bukanlah gimik ataupun tindakan mempromosikan mana-mana pihak sama ada pelakon itu mahupun drama yang sedang mereka lakonkan.

Untuk rekod, Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat sebelum Ramadan lalu di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur apabila didapati berdua-duaan tanpa kehadiran mahram masing-masing.

Sumber: Kosmo!