
KENINGAU: Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, dalam tempoh tujuh tahun dari sekarang, agensi itu bakal jadi pengeluar kuasa elektrik di negeri ini tanpa pergantungan kepada mana-mana pihak.
“Ini aspirasi SESB .. dan selepas itu kita tidak lagi bergantung kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan Daily Express semasa melakukan penggulungan Sesi Dialog SESB Bersama Ketua Komuniti Keningau, di sini lewat tengah hari Jumaat.
Madius berkata, untuk mencapai aspirasi itu, semua pihak berkepentingan perlu bersama untuk menangani kemelut bekalan elektrik yang sedang melanda di seluruh negeri.


