“Assalamualaikum Irene Sofiya” — Guru Tadika Datang Ziarah Pusara Dan Keluarga Allahyarham

9 Oct 2026 • 7:10 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Assalamualaikum Irene Sofiya” — Guru Tadika Datang Ziarah Pusara Dan Keluarga Allahyarham

YONG PENG: “Assalamualaikum Irene Sofiya.”

Demikian ungkapan yang dikongsikan Teacher Aini menerusi satu hantaran di Threads selepas beliau bersama beberapa guru tadika hadir menziarahi pusara Irene Sofiya dan bertemu keluarganya.

Menerusi hantaran tersebut, Teacher Aini turut mendoakan agar Allah SWT menempatkan Irene Sofiya dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan mereka berada di pusara Allahyarham sambil meletakkan bunga dan menyiram pokok yang ditanam di kawasan perkuburan.

Mereka kemudiannya dilihat berkumpul bersama keluarga Irene Sofiya dan meluangkan masa berbual serta memberikan sokongan kepada keluarga yang sedang melalui kehilangan besar itu.

Kenangan Guru Terhadap Irene Sofiya

Kunjungan guru-guru lama itu turut mengundang sebak, terutama melihat hubungan antara guru dan anak didik yang masih dikenang selepas pemergiannya.

Irene Sofiya, 16, sebelum ini dilaporkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah dewan sekolah di Yong Peng pada 3 Oktober.

Bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah trauma tumpul pada kepala, manakala seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Jenazah Irene Sofiya kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng.

Al-Fatihah buat Allahyarham Irene Sofiya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberikan kekuatan kepada seluruh keluarganya. – The Malaysian Update

The post “Assalamualaikum Irene Sofiya” — Guru Tadika Datang Ziarah Pusara Dan Keluarga Allahyarham appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved