Abdul Hadi ziarah pusara Tun Hasmah, titip doa buat Allahyarhamah

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 2:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara sambil menitipkan doa buat Allahyarhamah.

Image from: Abdul Hadi ziarah pusara Tun Hasmah, titip doa buat Allahyarhamah

Dalam kunjungan berkenaan, Abdul Hadi turut dilihat mengimamkan solat jenazah buat Allahyarhamah di kawasan tanah perkuburan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ahli Parlimen Marang itu memaklumkan beliau hadir menziarahi tempat persemadian Allahyarhamah selain mendoakan agar segala amal kebajikannya diterima Allah SWT.

“Menziarahi pusara Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya,” katanya.

Image from: Abdul Hadi ziarah pusara Tun Hasmah, titip doa buat Allahyarhamah

Untuk info, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 September lalu pada usia 100 tahun. Pemergian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendapat penghormatan menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Allahyarhamah kemudian selamat disemadikan di Pusara Negara pada jam 6.20 petang dengan disaksikan Tun Dr Mahathir, anak-anak serta ahli keluarga. Jenazah diusung lapan pegawai gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala bacaan talkin disempurnakan Imam Besar Masjid Putra, Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.

Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved