Lengan berjarum, badan lemah, Tun M tetap ziarah pusara isteri

6 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lengan berjarum, badan lemah, Tun M tetap ziarah pusara isteri

PETALING JAYA – “Hebatnya cinta Tun M pada isteri.”

Demikian luahan pengguna media sosial, Mukmin JJ yang tersentuh melihat gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Putrajaya hari ini.

Komen itu ditulis pada hantaran gambar yang dimuat naik menerusi Facebook Dr Mahathir, yang sekali lagi mengundang perhatian orang ramai terhadap hubungan pasangan negarawan itu selepas lebih tujuh dekad mendirikan rumah tangga.

Lebih menyuntuh hati, Dr. Mahathir hadir ke pusara itu ketika beliau masih menjalani rawatan dan pemantauan di Institut Jantung Negara (IJN), malah dilihat berkerusi roda dengan jarum di lengan serta alat bantuan oksigen pada hidung.

Rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan rasa sebak melihat keadaan Dr. Mahathir yang kini melalui fasa kehilangan insan yang menemaninya sejak 1956.

“Sayang Tun Dr. Mahathir selalu. Semoga Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah dicucuri rahmat Allah SWT,“ kata Nor Hafeza Osman.

“Semoga Tun sentiasa kuat dengan ujian yang menimpa,” kata Arif Limbong.

“Semoga Tun kuat hati dan semoga kembali sihat dan ceria,” ujar Shahriman Shah.

Menerusi gambar dikongsikan, Dr. Mahathir dilihat menabur bunga di atas pusara isterinya dalam keadaan pergerakan yang terhad ditemani anak-anaknya.

Terdahulu, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu, pada usia 100 tahun. – KOSMO! ONLINE

The post Lengan berjarum, badan lemah, Tun M tetap ziarah pusara isteri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved