“Astaghfirullah Bahasa. Mengata Siapa Ni?” – Fazura

EntertainmentLifestyle
19 Aug 2025 • 4:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian di Threads selepas seorang individu meninggalkan komen berbaur sindiran terhadap dirinya.

Individu tersebut mempersoalkan tindakan netizen yang sering mengkritik Fattah Amin jika gagal menunaikan janji, namun apabila Fazura berkongsi momen sedang mengemas pakaian anaknya, Nur Fatima Aisya, untuk percutian ke Disneyland, ramai pula yang bersimpati kononnya terharu melihat usahanya sebagai ibu.

image is not available

Komen itu nyata menimbulkan rasa kurang senang apabila gaya bahasanya dianggap biadab. Bagaimanapun, Fazura tampil membalas secara tenang dengan menulis: “Astaghfirullah bahasa. Mengata siapa ni?”

Jawapan ringkas tetapi penuh makna itu menerima pujian ramai kerana Fazura memilih untuk kekal berhemah. Menariknya, selepas balasan tersebut mendapat perhatian, individu berkenaan dilihat telah memadam komen sindirannya.

image is not available 2025-08-14 14:27:14

Fazura Kongsi Pengalaman Bercinta & Beri Nasihat Untuk Cari Pasangan - "Perlu Lelaki Protective"