Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Cars
30 Apr 2025 • 1:50 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

Lebih Laju, Lebih Ganas

DBX S menerima naik taraf terbesar pada enjin V8 turbo kembar 4.0 liter yang kini menjana 717 hp, iaitu 10 hp lebih tinggi daripada DBX 707. Walaupun masa pecutan 0-100 km/j kekal pada 3.3 saat, model ini kini 0.3 saat lebih pantas dari 0-200 km/j berbanding versi terdahulu.

image is not availableimage is not available

Namun begitu, DBX S masih belum dapat menyaingi kuasa keseluruhan pesaing PHEV seperti Porsche Cayenne Turbo E-Hybrid (729 hp) dan Lamborghini Urus SE (789 hp).

Menggunakan sistem transmisi DCT sembilan kelajuan jenis klac basah yang sama seperti 707, DBX S hadir dengan talaan penukaran gear lebih agresif serta julat RPM yang lebih luas. Hasilnya, pemanduan lebih responsif dan dinamik.

47 KG Lebih Ringan

image is not available

image is not availableimage is not available

'Masalah berat badan?' Isu ini cuba diatasi Aston Martin dengan beberapa komponen seperti bumbung gentian karbon, rim aloi magnesium 23 inci dan gril depan polikarbonat. Secara keseluruhan, DBX S kini 47 kg lebih ringan daripada DBX 707, namun masih berat berbanding Ferrari Purosangue.

Rekaan Sporty dan Aerodinamik

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Pereka Aston Martin turut menyuntik beberapa perubahan kecil pada reka bentuk DBX S bagi menjadikannya kelihatan lebih sporty dan agresif berbanding DBX 707. Antara ciri penting termasuk gril sarang lebah berwarna hitam, splitter dan diffuser yang lebih garang, bampar belakang yang direka semula dengan empat paip ekzos bertindan secara menegak, serta skirt sisi baharu yang membantu pengaliran udara lebih efisien.

Kabin Eksklusif

image is not availableimage is not available

Perubahan rekaan turut diteruskan di bahagian dalaman, di mana pemandu disambut dengan tempat duduk hadapan eksklusif bersama sulaman logo ‘S’. Tempat duduknya diberikan balutan Alcantara bercorak herringbone. Pelanggan juga boleh menaik taraf kepada balutan kulit separa aniline.

Semua ciri teknologi daripada DBX 707 turut dikekalkan, termasuk paparan dwi-skrin di papan pemuka dan sistem audio 14 pembesar suara yang boleh dinaik taraf kepada sistem 23 pembesar suara daripada Bowers & Wilkins.

Tempahan Dibuka, Harga Masih Misteri

image is not availableimage is not available

Tempahan DBX S sudah pun dibuka di UK, dengan penghantaran dijangka bermula hujung tahun ini. Harga rasmi masih belum diumumkan, namun dijangka lebih tinggi daripada DBX 707.

image is not available