Hyundai Ioniq 6 Versi Facelift Ternyata Lebih Agresif, Praktikal

Cars
8 Apr 2025 • 7:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Hyundai kini mendedahkan lebih banyak imej rasmi sedan elektrik, Ioniq 6 versi facelift.

Varian Bergaya Sporty, N Line, Kini Ditawarkan

Selain memberikan bayangan awal mengenai model berprestasi tinggi yang di bawah logo "N", Hyundai turut memperkenalkan varian baharu Ioniq 6 N Line. Model ini tampil dengan gaya badan lebih agresif serta pilihan warna badan dua tona.

image is not availableimage is not available

Berbanding varian asas (kanan), varian bergaya sporty, N Line (kiri) tampil lebih agresif dan menyerlah dengan penggunaan warna badan dua tona

Antara perubahan penting termasuklah lampu depan baharu dengan rekaan berbelah (split design) yang disematkan dalam bampar. Lampu nyalaan siang (DRL) LED ditempatkan di bahagian atas lampu ini.

image is not availableimage is not available

Varian asas (kiri) masih menggunakan bar lampu LED bergaya piksel yang berkelebaran penuh, sementara N Line, meggunakan rekaan 'split'

Perubahan yang ketara turut dapat dilihat di bahagian belakang. Hanya varian asas yang masih mengekalkan rekaan bar lampu LED berkelebaran penuh jenis piksel. Varian N Line pula menggunakan rekaan lampu belakang seakan terbelah.

Di sudut sama, spoiler kembar gaya double ducktail telah digantikan dengan satu spoiler yang lebih ringkas dan kemas.

Ruang Kabin Kekal Praktikal, Kini Lebih Mesra Pengguna

image is not availableimage is not available

Lebih banyak butang kawalan fizikal disediakan pada versi facelift

Masuk ke ruang kabin, Hyundai komited mengekalkan butang kawalan fizikal berbanding sentuhan digital. Konsol tengah telah direka semula untuk menempatkan lebih banyak butang kawalan berbanding versi sebelum ini. Panel khas untuk kawalan pendingin hawa masih wujud dan kini lebih besar.

Untuk pasaran Korea, cermin sisi digantikan dengan kamera sisi, lengkap dengan skrin tambahan di kedua-dua hujung papan pemuka.

Rekaan stereng juga telah berubah kepada format tiga jejari, manakala panel pintu turut dikemaskini, menunjukkan usaha Hyundai untuk menaik taraf bahan kemasan dalaman secara menyeluruh.

Spesifikasi Enjin Kekal, Versi Berprestasi Tinggi Bakal Muncul

image is not available

Ioniq 6 facelift

Buat masa ini, tiada butiran teknikal rasmi didedahkan. Namun, dijangka barisan trenkuasa kekal seperti sedia ada iaitu pilihan motor tunggal atau dwi-motor. Untuk makluman, varian paling jimat mampu mencapai jarak 614 km berdasarkan piawaian WLTP, manakala varian paling berkuasa mencatatkan masa pecutan 0-100 km/j sepantas 5.1 saat.

image is not available

Imej acah ini memaparkan varian berperstasi tinggi, Hyundai Ioniq 6 N

Kapasiti bateri dijangka kekal untuk varian biasa, dengan pilihan 53 kWj atau 77.4 kWj. Perubahan besar mungkin hanya diperkenalkan pada model prestasi tinggi, Ioniq 6 N, yang dijangka akan didedahkan sekitar Julai tahun ini.

Pelancaran Tidak Lama Lagi

Ioniq 6 versi facelift dijangka mula dijual dalam masa terdekat tahun ini. Dengan tambahan varian N Line yang menjanjikan sentuhan lebih sporty, adakah model ini cukup menarik untuk dipertimbangkan? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.