Astro Berikan Naik-Taraf Ultra Dan Ulti Box Percuma Kepada Pelanggan Sedia Ada, Termasuk Akses Kandungan Percuma

TechnologyDigital
1 Dec 2024 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro kini hadir dengan kempen khas dinamakan “Astro’s Big Thank You”, dalam usaha menghargai semua pelanggan sedia ada perkhidmatan televisyen berbayar berkenaan. Melaluinya, Astro menawarkan para pelanggan sedia ada sejumlah perkara yang boleh ditebus, termasuk naik-taraf percuma kepada kotak Ultra atau Ulti-Box, akses kepada sehingga 17 saluran, serta tebusan filem Astro First secara percuma.

image is not available

Bagi pelanggan Astro sedia ada, anda hanya perlu muat-turun dan log masuk ke akaun MyAstro, seterusnya semak tawaran yang akaun anda terima melalui halaman khas dalam aplikasi berkenaan.

Disamping itu, semua pelanggan sedia ada turut akan mnerima akses percuma ke saluran Home of Kids (CH100), antara 1 Disember sehingga 31 Disember 2024 ini. Saluran berkenaan menghimpunkan kandungan daripada Astro Ceria, Nickelodeon, Moonbug, Dreamworks dan Nick Jr.

image is not available