‘Rider’ sanggup berjalan kaki, redah banjir demi hantar pesanan pelanggan

LocalFood
29 Nov 2024 • 6:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang penghantar makanan berjaya tarik perhatian ramai apabila sanggup redah banjir demi hantar pesanan ke rumah pelanggan di Kampung Alor Gunung.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Akmal di laman TikToknya, dia bertanya keadaan rumah pelanggan tersebut sama ada terjejas dilanda bah atau tidak.

@nrkhml

Kita mudahkan urusan orang, inshaAllah, urusan kita juga dipermudahkan Allah swt. #banjir #alorsetar #grabrider

♬ suara asli - ́ - ̀

Pelanggan itu memberitahu kediamannya telah ditenggelami air namun, tidak berada di rumah kerana perlu menjaga ayah yang sakit di hospital.

Redah banjir demi hantar pesanan

image is not available

“Banjir, tapi ada mak saya dengan anak-anak. Saya di hospital sebab ayah tak sihat, boleh hantar ke?” soal pelanggan itu.

Pada awalnya, pelanggan tersebut berlapang dada untuk membatalkan pesanannya itu kerana tidak mahu menyusahkan lelaki terbabit mencari rumahnya dalam situasi yang tidak menginzinkan.

Bagaimanapun, komited dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang penghantar makanan, Akmal telah meletakkan kenderaannya di bahu jalan dan berjalan kaki sambil meredah banjir untuk menghantar juadah yang telah dipesan oleh pelanggannya itu.

Redah banjir demi hantar pesanan

image is not available

image is not available

Bagusnya rider ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penghantar makanan tersebut yang tetap menjalankan amanah walaupun terpaksa merisikokan keselamatannya.

image is not availableimage is not available

Semoga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki!

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar segala urusan Akmal dipermudahkan selalu dan dimurahkan rezeki.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @nrkhml