ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

TechnologyDigital
10 Jun 2026 • 3:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

Siri komputer riba ASUS ExpertBook merupakan komputer riba kelas produktiviti nipis dan yang digabungkan dengan kuasa pemprosesan yang hebat, dan untuk tahun ini, syarikat tersebut telah sekali lagi bergabung dengan Intel untuk memperkenalkan sebuah lagi komputer riba dalam siri tersebut.

ASUS ExpertBook Ultra adalah variasi ExpertBook terbaru yang diperlihatkan oleh ASUS, dan ia hadir dengan rangka nipis dan ringan sama yang membuatkan model ini terkenal di kalangan eksekutif profesional yang mahukan sebuah komputer riba yang boleh dibawa kemana-mana dan masih mengekalkan kemampuan pemprosesan berkuasa.

Image from: ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

Bermula dengan paparan, ASUS ExpertBook Ultra dimuatkan dengan paparan skrin OLED Tandem sesentuh bersaiz 14 inci dengan resolusi 2880×1800 dengan kadar segar semula 120Hz dan nilai kecerahan setinggi 1400 nits dalam mod HDR.

Image from: ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

Dalam pada itu, komputer riba ini juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 yang terbaru. Untuk pasaran Malaysia, ASUS ExpertBook Ultra ini akan hadir dengan pilihan permulaan CPU Intel Core Ultra 5 325H sehingga Intel Core Ultra X7 358H dengan penawaran memori LPDDR5X sehingga 64GB dan storan PCIe 4.0 sehingga 2TB. Ia juga dilengkapi bateri 70Whr dengan jangka hayat penggunaan selama 24 jam secara berturut-turut.

Image from: ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

ASUS ExpertBook Ultra juga hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aloi magnesium yang membolehkan komputer riba ini hadir dengan berat serendah 0.99KG dengan ketebalan senipis 10.9mm, membolehkannya digunakan dan dibawa kemana-mana sahaja.

Image from: ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

Walaupun komputer riba ini hadir dengan rekaan yang serba nipis dan ringan, ia juga dimuatkan dengan dua buah palam USB 3.2 Type-A, dua palam Thunderbolt 4 yang juga boleh digunakan untuk mengecas komputer riba dan satu palam HDMI 2.1.

Image from: ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

Palam-palam ini dirumahkan didalam rangka yang teguh, yang membolehkan palam-palam ini menahan mengangkat beban sehingga 8kg, manakala rangka keseluruhan komputer riba ini boleh menahan beban sebanyak 100kg.

Image from: ASUS ExpertBook Ultra Dilancarkan Dengan Cip Intel Core Ultra 300, Rekaan Nipis Dan Tahan Lasak

ASUS ExpertBook Ultra kini sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga permulaan RM7999 melalui ASUS e-Store Malaysia dan pengedar rasmi untuk siri produk ASUS Business. Untuk setiap pembelian awal dari 10 Jun ke 31 Julai 2026, pelanggan juga akan menerima hadiah kredit digital Malaysia Airlines bernilai RM500 selagi stok masih ada.

Tanda harga untuk konfigurasi-konfigurasi ASUS ExpertBook Ultra adalah seperti berikut:

  • ASUS ExpertBook Ultra (Intel Core Ultra 5 325, 16GB/512GB) – RM7999
  • ASUS ExpertBook Ultra (Intel Core Ultra X7 358H, 32GB/1TB) – RM8,999
  • ASUS ExpertBook Ultra (Intel Core Ultra X7 358H, 64GB/2TB) – RM12,999