Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

TechnologyDigital
10 Jun 2026 • 3:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dunia kini dilihat sedang bergerak kearah produktiviti di mana-mana sahaja, tidak kira di pejabat, kafe ataupun rumah. Untuk eksekutif-eksekutif yang memerlukan kemampuan perkomputeran hebat sepanjang masa, ASUS telah memperkenalkan siri komputer riba ASUS ExpertBook Ultra yang dikemaskini dengan rekaan premium yang nipis dan ringan, kuasa pemprosesan yang hebat, bateri yang tahan lama dan juga tahan lasak.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

Intel Core Ultra Series 3 Pemangkin Produktiviti Moden

Siri komputer riba ASUS ExpertBook Ultra hadir dengan rekaan padat dan ringan yang membolehkan komputer riba ini dibawa dan digunakan di mana sahaja. Ia dilengkapi dengan paparan skrin OLED sesentuh bersaiz 14 inci dengan resolusi 2880 x 1800 dan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini juga hadir dengan nilai kecerahan setinggi 1400 nits dalam mod HDR yang menjadikannya cukup cerah untuk digunakan dalam pelbagai jenis keadaan cahaya, dari bilik yang gelap ke kawasan-kawasan terbuka dibawah cahaya matahari yang silau.

ASUS ExpertBook Ultra dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core Ultra Series 3 yang terbaru yang telah dibina khusus untuk komputer riba kelas nipis dan ringan premium. Khusus untuk pasaran Malaysia, ia hadir dengan pilihan cip pemprosesan sehingga Intel Core Ultra X7 358H dengan 16 teras terbina yang terdiri daripada empat teras prestasi, lapan teras kecekapan dan empat lagi teras kecekapan berkuasa rendah.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

Bukan itu sahaja, penggunaan model Intel Core Ultra X7 ini juga bermakna bahawa ia hadir dengan cip pemprosesan grafik Intel Arc B390, yang merupakan sebuah cip pemprosesan grafik yang berkuasa. Cip grafik ini cukup berkuasa untuk digunakan untuk tujuan gaming, tetapi juga untuk olahan rekaan grafik 2D dan 3D, dan juga untuk tujuan pembangunan teknologi kecerdasan buatan.

Dari segi penawaran memori dan storan pula, komputer riba ini memuatkan pilihan memori LPDDR5X sebanyak 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 yang cukup banyak untuk anda terus membuka sebanyak mana tab pelayar, perisian dan juga dokumen yang anda perlukan untuk tugasan anda.

Produktiviti Yang Boleh Dibawa Ke Mana Sahaja

Sebagai sebuah komputer riba produktiviti moden dalam kelas premium, ASUS juga telah memberi penekanan terhadap rekaan dan binaan ASUS ExpertBook Ultra ini. Rangka komputer riba ini diperbuat daripada gabungan aloi magnesium dan aluminum yang membolehkannya hadir dengan berat bermula dari 990g sahaja. Bahagian luar rangka komputer riba ini hadir dengan saduran Nano-Ceramic yang memastikan bahawa ia tahan calar dan kotoran lebih mudah dilap.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

Dalam pada itu, komputer riba ini juga mempunyai sejumlah pilihan palam yang mencukupi yang jarang dilihat dalam komputer riba bersaiz padat, termasuklah dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam audio 3.5mm dan satu palam HDMI 2.1 yang membolehkan komputer riba ini disambungkan ke sebuah paparan skrin beresolusi tinggi.

Rekaan ASUS ExpertBook Ultra diilhamkan oleh pelbagai kapal terbang bersaiz kecil yang mana sayapnya hadir dengan rekaan tirus. Bahan aloi magnesium-aluminum yang digunakan juga merupakan gred aeroangkasa, yang membantu dalam menjadikan komputer riba ini sebuah mesin produktiviti yang bukan sahaja nipis dan ringan, tetapi juga tahan lasak.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

Dalam pada itu, komputer riba ini juga mempunyai sejumlah pilihan palam yang mencukupi, seperti dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam audio 3.5mm dan satu palam HDMI 2.1 yang membolehkan komputer riba ini disambungkan ke sebuah paparan skrin beresolusi tinggi.

Dari segi sokongan teknologi sambungan internet WiFi, ASUS ExpertBook Ultra hadir dengan sokongan untuk sambungan WiFi 7 yang bukan sahaja menawarkan sokongan untuk sambungan internet nirwayar yang pantas, tetapi juga dengan jarak sambungan yang jauh.

Bateri Tahan Lama, Badan Tahan Lasak

ASUS ExpertBook Ultra hadir dengan bateri terbina sebesar 70WHr, dan apabila digabungkan bersama-sama dengan cip pemprosesan Intel Core Ultra X7 358H, pengguna boleh mendapat penggunaan dengan pengecasan penuh sepanjang hari. Ini adalah kerana cip Intel tersebut bukan sahaja hadir dengan penggunaan TDP 50W sahaja, tetapi penggunaan teras-teras Darkmont terbaru yang terbina didalam teras-teras kecekapan cip pemprosesan ini.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

Dengan gabungan ini, satu pengecasan penuh komputer riba ASUS ExpertBook Ultra ini hadir dengan kemampuan produktiviti selama 24 jam secara berterusan, yang bermakna bahawa sekiranya anda menggunakan komputer riba ini sepanjang lapan jam bekerja setiap hari, satu pengecasan penuh komputer riba ini secara teknikalnya membolehkan anda menggunakan komputer riba ini tanpa masalah selama 3 hari berturut-turut.

Dalam pada itu, bateri komputer riba ini juga hadir dengan pengecasan yang agak pantas, yang mana ia boleh dicas ke paras 30 peratus dalam masa 15 minit sahaja. Sokongan pengecasan Power Delivery (PD) juga bermakna bahawa bateri komputer riba ini boleh dicas bukan sahaja menggunakan bongkah pengecasan yang tersedia, tetapi juga power bank yang menyokong pengecasan PD dengan kadar pengecasan yang tinggi.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

Penggunaan aloi magnesium-aluminum dengan gabungan struktur dalaman yang teguh bermakna bahawa komputer riba ini juga hadir dengan ketahanan lasak yang tinggi. Selain daripada piawaian MIL-STD 810H yang diperlihatkan dalam kesemua siri komputer riba ASUS ExpertBook, ASUS ExpertBook Ultra juga hadir dengan ketahanan dimana dalam keadaan ditutup, ia boleh menampung berat 100kg dan boleh dijatuhkan dari ketinggian 1 meter tanpa risiko kerosakan pada bahagian dalaman.

Ini merupakan satu kelebihan yang tidak dilihat pada banyak komputer riba lain dalam kelas dan konfigurasi ini, dan ini menjadikan komputer riba ini sangat sesuai digunakan dalam pelbagai jenis industri yang memerlukan penggunaan komputer di pelbagai jenis situasi, tidak kira panas, sejuk, kering ataupun basah.

Kemampuan AI Di Hujung Jari

ASUS ExpertBook Ultra juga hadir dengan kemampuan AI terbina melalui teknologi ASUS MyExpert yang merumahkan sejumlah teknologi AI seperti Knowledge Hub dan File Search yang boleh merumuskan dokumen-dokumen anda dan memudahkan pencarian maklumat dan menggubal data kepada format-format berbeza untuk kemudahan pengguna.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

AI ExpertMeet pula merupakan sebuah perisian yang memudahkan pengguna untuk merumuskan perbincangan atas talian, dengan menulis laporan dan rumusan perbincangan yang diadakan dengan cepat dan mudah. Untuk perbincangan dalam bahasa-bahasa lain, AI ExpertMeet juga boleh menterjemah percakapan dan memperlihatkan sarikata pada masa nyata, memudahkan lagi perbincangan oleh pelbagai pihak.

Pilihan Warna Minimalis Sebagai Pelengkap Yang Manis

ASUS ExpertBook Ultra hadir dalam pilihan warna putih kusam Morn Grey dan kelabu gelap Jet Fog yang merupakan pilihan warna minimalis yang cukup sesuai sekali dengan rupa-bentuk komputer riba ini. Pilihan warna Morn Grey khususnya adalah pilihan warna baru untuk model komputer riba ini, memberinya rupa yang cukup elegan sekali.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

ASUS ExpertBook Ultra kini sudah mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga permulaan RM7999 melalui ASUS e-Store Malaysia dan pengedar rasmi untuk siri produk ASUS Business. Untuk setiap pembelian awal dari 10 Jun ke 31 Julai 2026, pelanggan juga akan menerima hadiah kredit digital Malaysia Airlines bernilai RM500 selagi stok masih ada.

Image from: Produktiviti Maksima Dengan Komputer Riba Bisnes Mercu ASUS ExpertBook Ultra 

Penafian: Ini adalah sebuah advertorial oleh ASUS Malaysia.