
Kad grafik dengan skrin LCD sudah wujud sejak beberapa tahun dengan pada asalnya ia memaparkan maklumat mengenai GPU sebelum kemudian ditawarkan pula dengan ciri memaparkan animasi yang dipilih sendiri oleh pemilik.

Sempena ulang tahun Republic of Gamers (ROG) yang ke-20, kad grafik ASUS ROG Astral GeForce RTX 5090 Edition 20 dilancarkan di Computex dengan ia yang pertama hadir dengan skrin OLED melengkung. Ingin membolehkan ia memaparkan visual seakan 3D seperti yang digunakan di beberapa bangunan di sekitar Kuala Lumpur.

Kad grafik ini tebal sehingga memerlukan 4.7 slot pada PC. Ia turut dilengkapi empat kipas penyejuk, paip penyejukan tembaga, kebuk wasap dan menggunakan logam cecair untuk membantu penyejukan ketika beroperasi. Dengan kelajuan 2,760 MHz ia turut sekitar 5.7% lebih laju berbanding model Astral biasa. Ia masih dilengkapi RAM 32GB GDDR7, 2x HDMI 2.1b, 3x DisplayPort 2.1b dan sistem lampu Aura RGB.
Tubuh kad berwarna hitam dengan kemasan emas menunjukkan ia edisi khas ulang tahun. Buat masa ini harga jualan ASUS ROG Astral GeForce RTX 5090 Edition 20 belum diumumkan.






