Microsoft Surface Laptop Ultra Diumumkan Dengan Skrin 15″ MiniLED dan NVIDIA RTX Spark

TechnologyDigital
1 Jun 2026 • 2:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft Surface Laptop Ultra diumumkan di Computex hari ini dengan ia dilengkapi cip terkini NVIDIA RTX Spark. Ia menurut Microsoft ialah Surface paling berkuasa pernah dihasilkan setakat ini. Ia dilengkapi skrin 15″ MiniLED PixelSense Ultra dengan keterangan puncak 2000 nit.

Image from: Microsoft Surface Laptop Ultra Diumumkan Dengan Skrin 15″ MiniLED dan NVIDIA RTX Spark

Dengan NVIDIA RTX Spark, komputer riba ini hadir dengan CPU 20 teras NVIDIA Grace, GPU NVIDIA Blackwell RTX 128GB dengan 6,144 teras CUDA yang memberikan kemampuan pemprosesan AI sehingga 1 petaflop dan kemampuan grafik pula setanding RTX 5070.

Image from: Microsoft Surface Laptop Ultra Diumumkan Dengan Skrin 15″ MiniLED dan NVIDIA RTX Spark

Ia dipasarkan sebagai pesaing kepada MacBook Pro. Spesifikasi tinggi ini membolehkan Surface Ultra menjalankan model AI dengan saiz 120B parameter. Pada waktu yang sama bateri disertakan masih boleh bertahan sepanjang hari.

Image from: Microsoft Surface Laptop Ultra Diumumkan Dengan Skrin 15″ MiniLED dan NVIDIA RTX Spark

Berat pula sekitar 2 kilogram dengan pilihan warna Platinum dan Nightfall. Disamping itu ia turut dilengkapi sebuah trackpad terbesar pernah digunakan pada sebuah Surface. Ia turut masih hadir dengan I/O lengkap USB-C, USB-A, HDMI, bicu audio dan pembaca kad memori. Microsoft Surface Laptop akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh ini.