Sony Gaming Monitor 27″ Untuk PlayStation 5 dan PC Mula Dijual

TechnologyGaming
2 Jun 2026 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

November tahun lalu, Sony memperlihatkan 27” Gaming Monitor yang direka khusus untuk dipadankan dengan konsol PlayStation 5 dan juga PC di rumah. Selepas setengah tahun, monitor ini akhirnya mula dijual di Amerika Syarikat dan Jepun hari ini.

Image from: Sony Gaming Monitor 27″ Untuk PlayStation 5 dan PC Mula Dijual

Monitor hadir dengan skrin 27″ dengan resolusi QHD 2560 x 1440 pixel, kadar segar semula 120Hz VRR untuk PS5, sehingga 240Hz untuk PC dan menyokong ciri Auto HDR. Ia dioptimasi untuk mengesan input daripada PS5 dan PS5 Pro dengan tetapan diubah secara automatik. Pada bahagian tangkai monitor, terdapat cangkuk untuk mengesan DualSense atau DualSense Edge apabila tidak dimainkan.

Image from: Sony Gaming Monitor 27″ Untuk PlayStation 5 dan PC Mula Dijual

Ia mempunyai 2x HDMI 2.1 dan 1x DisplayPort 1.4. Turut disertakan ialah 2x USB-A, 1x USB-C, speaker stereo terbina, bicu output 3.5 mm dan cagak VESA di bahagian belakang. 27” Gaming Monitor dijual pada harga $350 (~RM 1388) sebuah.