Asus ROG Ally: Semua perkara yang perlu anda tahu tentangnya

Digital
21 Jun 2023 • 3:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus Malaysia dah umum ketibaan konsol permainan mudahalih terbaru mereka, ROG Ally untuk pasaran tempatan. Hanya ada satu varian dijual di Malaysia, tetapi ia adalah varian yang terbaik.

Menerusi video di bawah, saya nak bagitau semua perkara yang anda perlu tahu tentang ROG Ally di Malaysia.

Spesifikasi ROG Ally

  • CPU: AMD Ryzen Z1 Extreme 4nm 5.10GHz
  • GPU: AMD Radeon Graphics (AMD RDNA 3 2.7GHz)
  • RAM: LPDDR5 6400MT/s 16GB
  • Storan: SSD PCIe Gen4 512GB
  • Skrin: AMOLED 7″, FHD, 120Hz, 500nits
  • Kaca: Corning Gorilla Glass Victus
  • Bateri: 40Whr
  • Pengecas: 65W USB-C
  • OS: Windows 11 Home
  • Lain-lain: WiFi 6E, Speaker Stereo, Pengimbas Capjari

Semua ROG Ally datang bersama langganan PC Game Pass percuma selama 3-bulan.

Harga rasmi dan aksesori

Hanya ada satu varian ROG Ally akan dijual di Malaysia dan ia adalah jenis yang terbaik iaitu ROG Ally Z1 Extreme. Peranti ini dan aksesori berkaitan diberikan tanda harga rasmi berikut:

  • ROG Ally Z1 Extreme (RAM 16GB + Storan 512GB) RM3,299
  • ROG Ally Travel Case RM199
  • ROG Gaming Charger Dock RM299

Promosi hari pertama jualan 1 Julai 2023

Jualan rasmi ROG Ally di Malaysia akan bermula pada 1 Julai 2023 di seluruh pengedar sah Asus ROG di Malaysia. Asus juga akan turut membuka jerayawara ROG, bertempat di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur pada 1 Julai 2023.

Khas untuk jualan di Plaza Lowyat pada 1 Julai 2023, 100 pembeli ROG Ally pertama di sana akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,299 seperti di jualan atas talian tadi. Selain itu, pembeli di sana juga berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,999 di dalam cabutan bertuah.

Untuk pembelian dari pengedar sah Asus ROG, akan menerima Microsoft PC Game Pass selama 9-bulan (bernilai RM135) secara percuma.

Bacaan Berkaitan