ASUS ROG Phone 9 Diperlihatkan Dengan Snapdragon 8 Elite – Dilancarkan November Ini

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 6:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain Xiaomi dan Honor yang mengumumkan peranti pertama mereka dengan cip Snapdragon 8 Elite, ASUS tidak ketinggalan dengan memperlihatkan rekaan ROG Phone 9 juga dengan cip yang sama. Ini menjadikan siri ROG Phone 9 peranti gaming pertama dengan cip paling berkuasa di pasaran semasa.

image is not available
ASUS ROG Phone 9

ROG Phone 9 mengekalkan rekaan bonggol kamera yang sama seperti ROG Phone 8. Perbezaan terletak pada sistem lampu LED yang kini lebih kecil dan dalam panel berbentuk empat segi sahaja. Sokongan dua port pengecasan USB juga masih dikekalkan. Menurut ASUS, ROG Phone 9 tahun ini dapat menjalankan permua seperti Genshin Impact dengan penjimatan kuasa sehingga 30%.

image is not available

Dalam permua Naraka pula, sistem AI dapat digunakan dengan pemain boleh mengawal watak sandaran dengan hanya menggunakan arahan suara. Dengan ini jari tidak akan dilepaskan daripada mengawal watak utama dan memanfaatkan kemampuan memahami arahan seperti pembantu maya peranti.

image is not available
ASUS ROG Phone 8

ASUS ROG Phone 9 akan dilancarkan pada bulan November depan. Ini adalah jauh lebih awal berbanding ROG Phone 8 yang dilancarkan pada bulan Januari yang lalu. Spesifikasi lengkap peranti masih dirahsiakan tetapi kami akan mencuba sendiri unit demo ROG Phone 9 dalam sesi bersama media yang akan dilakukan hari ini.