Siri Xiaomi 15 Yang Pertama Menggunakan Snapdragon 8 Elite

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 4:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Snapdragon 8 Elite dilancarkan sebentar tadi ketika acara Snapdragon Summit. Turut baru sahaja diumumkan siri Xiaomi 15 akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakan cip telefon pintar paling berkuasa di pasaran. Turut diumumkan, siri Xiaomi 15 akan dilancarkan pada penghujung bulan ini.

image is not available

Antara kelebihan menggunakan 8 Elite ialah peningkatan prestasi menjalankan permua tetapi pada waktu yang sama mengurangkan penggunaan kuasa bateri serta suhu. Seperti kelaziman Xiaomi akan membawa peranti siri bernombor mereka ke pasaran Malaysia.

Kami meramalkan ia akan dilancarkan ke pasaran tempatan awal tahun 2025. Nanti pandang pertama kami menggunakan cip Snapdragon 8 Elite kelak kerana kami melaporkan Snapdragon Summit secara terus dari Hawaii tahun ini.

Selain Xiaomi pengeluar lain yang disahkan akan mengeluarkan peranti dengan Snapdragon 8 Elite ialah ASUS, Honor, iQOO, OnePlus, OPPO, RealMe, Samsung, dan Vivo.