ASUS ROG Z Flow 13 Bakal Kembali Dengan Cip Pemprosesan AMD Ryzen Strix Halo

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tablet gaming ASUS ROG Z Flow 13 ialah sebuah tablet yang hadir dengan rekaan sebuah tablet Microsoft Surface Pro tetapi dimuatkan dengan spesifikasi gaming yang sangat berkuasa.

Akan tetapi, tablet tersebut tidak dikemaskini untuk beberapa tahun, tetapi maklumat mengenai model baru tablet tersebut telah tertiris ke arena web. Nama tablet gaming tersebut telah diperlihatkan di sejumlah laman web e-dagang di Eropah yang bukan sahaja memperlihatkan rekaan baru, tetapi spesifikasi baru juga.

image is not available

Model ini dinamakan Asus ROG Flow Z13 GZ302EA-RU003W dan nampaknya akan tampil dengan dua pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen Strix Halo, dimana salah satunya ialah cip pemprosesan AMD Ryzen AI Max+ Pro 395 yang hadir dengan 16 teras fizikal terbina dan juga AMD Ryzen AI Max+ Pro 390 yang hadir dengan 12 teras terbina.

image is not available

Kedua-dua cip pemprosesan ini dilihat akan menggunakan cip grafik terbina yang dinamakan AMD Radeon 8000S yang dilihat boleh bertanding dengan penawaran berkuasa seperti NVIDIA GeForce RTX 4070.

Melalui penyenaraian yang dilihat juga, ASUS ROG Z13 terbaru ini akan hadir dengan paparan skrin 13.4 inci dengan kadar segar semula 180Hz dan pilihan memori sehingga 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB.

Ini juga nampaknya merupakan kali pertama model tablet gaming ini menggunakan cip pemprosesan AMD, dimana model-model sebelum ini dilihat menggunakan cip pemprosesan Intel dengan gabungan kad grafik NVIDIA.

ASUS dijangka akan memperkenalkan model ASUS ROG Flow Z13 terbaru ini di acara CES 2025 tidak lama lagi.