ASUS ROG Zephyrus G16 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga Permulaan RM6999

TechnologyDigital
9 May 2023 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bagi anda yang sedang mencari sebuah komputer riba gaming berkuasa tinggi dengan rekaan yang serba minimalis, ASUS Malaysia hari ini telah mengesahkan bahawa ASUS ROG Zephyrus G16 sudah memasuki pasaran tempatan.

image is not available

ROG Zephyrus G16 hadir dengan panel 16″ ROG Nebula Display QHD+ 165 Hz dari keluarga IPS LCD dengan sokongan Dolby Vision. Komputer riba ini dikuasakan dengan pilihan cip pemproses sehingga Intel Core i9-13980HX, grafik NVIDIA GeForce RTX 4070 dengan TGP 120W dilengkapi MUX Switch NVIDIA Advanced Optimus yang mengoptimasi penggunaan kuasa apabila diperlukan.

ROG Zephyrus G16 ini dilengkapi dengan 16GB DDR5, storan terbina 512GB PCIe 4.0 SSD dan bateri 90Wh. Ia juga hadir dengan sokongan untuk teknologi-teknologi baru seperti Thunderbolt 4 dan WiFi 6E yang menjanjikan kadar penghantaran data dan sambungan internet yang pantas, khususnya untuk anda yang gemar memainkan permainan-permainan komputer atas talian.

image is not available

Ia juga hadir dengan jangkahayat bateri sepanjang 11 jam dengan pengecasan penuh apabila digunakan untuk melayari laman web ataupun menonton video pada resolusi 1080p, dan merumahkan sebuah sistem audio yang terdiri daripada enam pembesar suara terbina.

image is not available

ASUS Malaysia telah mengesahkan bahawa komputer riba ASUS ROG Zephyrus G16 ini telah memasuki pasaran tempatan dengan harga permulaan RM6999.