
SANDAKAN: Dua buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Tinusa 2, di sini, Selasa.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Jasri Ab.Jal berkata, pihaknya menerima panggilan menerusi talian 999 berhubung kejadian kira-kira jam 11.00 pagi.
Satu pasukan 14 anggota diketuai Severinus Sainkui dikejarkan ke lokasi sejauh 12km dari balai bersama dua jentera.
Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera FRT dan pili bomba.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Operasi terkawal jam 12 tengah hari sebelum ditamatkan jam 1.35 petang.
Sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max turut terbakar sebanyak 20 peratus.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
