ASUS Zenbook DUO Dengan Dwi-Skrin Dikemaskini Dengan Intel Core Ultra X9

TechnologyDigital
7 Jan 2026 • 7:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ASUS Zenbook DUO (2026) UX8407 diumumkan pagi ini dengan ia mengemaskini komputer riba dwi-skrin ini dengan cip pemproses baharu sehingga Intel Core Ultra X9 yang diumumkan semalam. Seperti Zenbook DUO, ia masih mempunyai dua skrin 14.0″ OLED 3K dengan sokongan sesentuh, kadar segar semula 48–144Hz VRR, boleh digunakan dengan stylus dan melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 1000.

image is not available

Tahun ini ruang antara dwi skrin dikurangkan 70% bagi membolehkan kedua-dua skrin digunakan sebagai satu skrin gergasi dengan lebih mudah. Tiga pilihan cip diberikan iaitu Intel Core Ultra X9 388H, Intel®Coreimage is not availableUltra 9 386H dan Intel Core Ultra 7 355H.

Ini dipadankan dengan memori sehingga 32GB LPDDR5x 9600 MT/s RAM, storan sehingga 2TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 99Wh yang menyokong pengecasan 100W. Terdapat kamera web 1080p dengan IR yang menyokong Windows Hello. Sistem audio pula hadir dengan 6 speaker Dolby Atmos dan papan kekunci pula adalah jenis bluetooth yang boleh ditanggalkan.

image is not available

Pilihan I/O ialah 2x Thunderbolt 4 Type-C, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.1 (FRL) dan 1x bicu audio 3.5mm. Walaupun dengan kesemua komponen ini, Zenbook DUO (2026) masih sekadar 1.35 kg tanpa papan kekunci dan 1.65 kg dengan papan kekunci. Harga jualan belum lagi diumumkan.