ASUS Zenfone 12 Ultra Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite dan Kamera Gimbal

TechnologyDigital
6 Feb 2025 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASUS Zenfone 12 Ultra dilancarkan secara rasmi hari ini dengan ia sebuah lagi peranti mercu yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Peranti hadir dengan skrin 6.78” OLED dengan kadar semula sehingga 144Hz dari jenis LTPO, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri pula sebesar 5500 mAh yang menyokong pengecasan 65W secara berwayar dan 15W secara nirwayar.

image is not available

Kamera utama menggunakan lensa sudut lebar 50MP dengan sistem gimbal, lensa ultra sudut lebar 13M dan telefoto 32MP yang menyokong zum optikal sehingga 5X. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

image is not available

Tubuh peranti melepasi tahap ketahanan air dan debu IP68 dan turut mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin, bicu audio 3.5mm serta sistem audio stereo. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 15 dengan beberapa ciri kecerdasan buatan (AI) seperti transkrip audio dalam aplikasi rakaman suara, alih bahasa secara masa nyata semasa melakukan panggilan video dan melakukan rumusan dokumen secara automatik. Yang mengecewakan ialah ASUS hanya memberikan kemas kini dua versi Android sahaja.

image is not available

Pada waktu ini peranti hanya dijual di Taiwan, Hong Kong dan EU pada harga bermula €1,100 sebuah. Memandangkan sudah agak lama siri Zenfone tidak dipasarkan di Malaysia, kebarangkalian peranti ini memasuki pasaran tempatan adalah sangat rendah.