Asyasa FC ungguli Kejohanan Veteran Hari Malaysia Bema

FootballSports
24 Sep 2025 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tenom: Pasukan Asyasa FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 11 Sebelah sempena Hari Malaysia 2025 anjuran Bema FC di Padang Jabatan Penjara Kepayan pada Sabtu.

Selaku juara, Asyasa FC dari Tenom meraih hadiah wang tunai RM2,500 dan piala sekaligus menambah koleksi bergelar juara.

Sebelumi itu, Asyasa FC membawa pulang hadiah lumayan sebanyak RM20,000 selepas muncul juara di Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran Piala MP Ranau 2025 Edisi Kedua dan menerima hadiah RM500 selaku juara di Kejohanan Bola Sepak Piala Umno Veteran Kuala Penyu berlangsung masing-masing pada Ogos dan awal September lalu.

Menurut Ketua jurulatih Asyasa FC Ziepai Megat, kejayaan pasukannya adalah hasil keserasian bermain sebagai satu pasukan dan komitmen para pemain menjalani latihan serta semangat juang semasa berada di pentas pertandingan.

“Penganjuran program sebegini perlu kerap diadakan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik kerana ia berperanan penting dalam memperkukuhkan semangat kesukanan serta mengeratkan silaturahim selain mengekalkan budaya bersukan di kalangan pemain  berumur,” kata Ziepai.